Anugerah Nasyeed.Com akan berlangsung pada 13 dan 14 April 2012 di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis anugerah yang julung kali diadakan bertujuan mengangkat kembali martabat nasyid seiring industri muzik.

Anugerah Nasyeed.Com

Lagu yang bertanding adalah terbitan antara 2000 hingga 2010 dan undian awal dibuat menerusi facebook (fb). Untuk tahun depan, pemilihan lagu mestilah dengan karya terbitan mulai 2012.

Bagi kategori lagu popular, ia berdasarkan undian peminat menerusi facebook dan untuk kategori lagu terbaik, ia diadili juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fatah, Alfa Booty, Ad Samad, Along Exists dan Profesor Dr Fakriyah

Tahun depan Nasyeed.Com akan menambah kategori baru iaitu Artis Baru Terbaik dan Artis Nasyid Luar Negara.

Sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan seperti Lagu Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Video Klip Terbaik. Kategori lagi seperti Nasyeed Cinta, Nsyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan, Nasyeed Sirah dan Nasyeed Selawat.

Lima finalis bagi setiap kategori sudah disenarai pendek berdasarkan undian popular serta penilaian kualitatif oleh juri profesional. Bermula 9 Mac hingga 8 April ini, finalis bagi kategori Nasyeed Cinta, Munajat, Amar, Selawat, Sirah dan Perjuangan akan diundi sekali lagi oleh peminat menerusi landasan aplikasi Facebook untuk menentukan lagu yang bakal menjadi juara bagi kategori ini.

Bagi menyemarakkan majlis anugerah itu, diadakan beberapa siri jelajah untuk bertemu peminat di empat zon berbeza di seluruh negara.

Majlis kemuncak anugerah itu akan diadakan pada 13 April ini di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, mulai 8.30 malam, diikuti Konsert Anugerah Nasyeed.Com pada 14 April.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, kirim e-mel kepada event@nasyed.com atau layari www.facebook.com/nasyeedcom.

Berikut adalah senarai penuh finalis Anugerah Nasyeed.Com yang bakal berentap mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan:

Kategori: Nasyeed Cinta
  1. Cuba Berikan – Ammar Hamdan
  2. Kerana Cinta – Mestica & Inteam
  3. Lagu Cinta – Varianz
  4. Saat Lafaz Sakinah – Far East
  5. Setia Seorang Isteri – Wildan
Kategori: Nasyeed Amar
  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani
Kategori: Nasyeed Munajat
  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
Kategori: Nasyeed Perjuangan
  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf
Kategori: Nasyeed Sirah
  1. Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
  2. Sumayyah – Hijjaz
  3. Balqis – UNIC
  4. Ansar Muhajirin – Mu’adz
  5. Bilal Bin Rabah – All One
Kategori: Nasyeed Selawat
  1. Binnabil Huda – UNIC
  2. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Insan Terulung – R-iF
  5. Nur Muhammad – Inteam & UNIC
Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.
Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.
Kategori: Lagu Terbaik
  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
Kategori: Susunan Muzik Terbaik
  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy
Kategori: Vokal Terbaik
  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani
Kategori: Lirik Terbaik
  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)
Kategori: Video Klip Terbaik
  1. Patah Hati – Saujana
  2. Jauh – Mirwana
  3. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
  4. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  5. Layar Keinsafan – Mestica
Anugerah Khas: Khalifah Nasyeed
Hanya akan diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Nasyeed.Com.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top