Massacre Conspiracy ialah sebuah band metalcore, dibarisi oleh Ash, Sonny, Godoy, One Jet, Emy dan Ax. Dikenali juga sebagai MC16, mereka terkenal dengan iringan muzik yang padu dan persembahan yang bertenaga.

Jom tengok info Massacre Conspiracy

Massacre Conspiracy

Massacre Conspiracy
Genre : melodic/metal/hardcore

Tahun Aktif 2008-kini

BAND MEMBERS :
Ash - Screams
Emy - Drum
Sonny - Guitar/Vocal
Godoy - Guitar
One jet - Bass
Ax - Keys/Synth

Dengan ahli-ahli yang umur hampir mencecah 20 tahun pada tahun 2008, mereka sangat mudah untuk diketepikan sebagai sebuah pada masa itu. Massacre Conspiracy ialah sebuah band metalcore, dibarisi oleh Ash, Sonny, Godoy, One Jet, Emy dan Ax. Dikenali juga sebagai MC16, mereka terkenal dengan iringan muzik yang padu dan persembahan yang bertenaga.

Beberapa bulan awal selepas band ditubuhkan, MC16 meriliskan single pertama mereka "Start Looking Towards the Sky" dan mengambil seberapa banyak peluang untuk mempromosikan single mereka dengan membuat persembahan di semua pentas setiap show di Kuala Lumpur. Melalui beberapa persembahan, MC16 telah menarik perhatian dari sebilangan besar penonton dan beberapa buah band yang lain.

MC16 mengubah corak muzik mereka kepada "melodic metalcore" selepas Ax menawarkan diri untuk menyertai MC16 pada lewat tahun 2008. Pada awal 2009, 2 orang ahli pengasas MC16 - Ali dan Ashy terpaksa keluar daripada band kerana masalah komitmen. Tanpa ahli-ahli band yang lengkap, MC16 berusaha sehabis baik mengeluarkan untuk demo CD mereka "The Prophecies". Sekali lagi mereka telah menarik perhatian secara meluas dan mendapat beberapa review positif istimewa daripada ROTTW, tidak lupa juga beberapa kritikan membangun daripada sebilangan profesional.

MC16 membuat pencarian pantas untuk mengisi posisi pemain bass dan gitar setelah mereka memutuskan untuk mengeluarkan lebih banyakmaterial. MC16 mengambil One Jet untuk mengisi posisi pemain bass, Godoy tidak lama selepas itu menyertai MC16 sebagai gitaris.Dengan barisan ahli yang lengkap, MC16 mengeluarkan single terbaik mereka "Bloodless". Single "Bloodless" telah dimainkan sebanyak 10, 000 kali selepas beberapa bulan dikeluarkan dan ini merupakan pencapaian yang membanggakan untuk MC16.

Lewat 2009, MC16 menyertai ROTTW Soundstage dan dimahkotakan sebagai juara pada tahun itu. Pada lewat 2010, Mio memutuskan untukmenarik diri daripada MC16 kerana masalah komitmen. MC16 melakar sejarah pada Disember 2010 apabila diberi peluang untuk membuatpersembahan di atas pentas Rock The World 10 bersama barisan artis-artis arus perdana Malaysia dan MC16 merupakan band yang termuda yang membuat persembahan di atas pentas dalam sejarah Rock The World.

Tahun 2011 merupakan tahun yang terbaik untuk MC16. MC16 dipilih untuk membuka tirai persembahan band-band antarabangsa seperti Carnifex,Eyes Set to Kill, Suicide Silence, The Used, All Time Low, Story of the Year dan beberapa buah band yang lain. Selain itu, MC16 dipilihuntuk menyertai barisan Destroy Shred Destroy sebanyak 3 siri. MC16 menjadi juara Hot Sound Studio Music Showdown 2011 dan Planet Rox. Menjadi juara Battle of the Bands Planet Rox telah memberikan MC16 peluang mewakili Malaysia untuk membuat persembahan di pentas festival muzik Envol et Mecadam di Canada dan berkongsi pentas bersama band lagenda As I Lay Dying.

Tahun 2012, mereka dipilih untuk membuka tirai persembahan A Skylit Drive pada bulan Febuari. Mereka juga akan ke Jakarta pada bulan April untuk membuat persembahan dia sana bersama beberapa band antarabangsa seperti Suffocation, Nile, D.R.I dan lain-lain. MC16 juga merancang akan mengeluarkan album pada tahun ini.

Trivia Massacre Conspiracy

1. Massacre conspiracy juga di kenali sebagai MC16

2. Mereka pernah mewakili malaysia ke canada untuk acara festival disana dan berkongsi pentas bersama idola mereka as i lay dying

3. vokalis massacre conspiracy berasal dari sarawak

4. Pernah menduduki tempat pertama di carta xfmu pada 8 january 2012 dan merupakan band metal pertama yg menduduki tempat pertama di carta xfmu

5. Massacre conspiracy adalah band METAL pertama yg menjadi headliner di rock the world 11dan band yg termuda menyertai Rock the world pada tahun 2010 iaitu di rock the world 10

6. Ramai di antara mereka yg berasal dari negeri sembilan

MYSPACE: www.myspace.com/massacreconspiracy
TWITTER: www.twitter.com/MC16band
YOUTUBE: www.youtube.com/MassacreConspiracy
WEBSITE: www.massacreconspiracy.tumblr.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top