Berita baik buat penonton Youtube tegar Malaysia! YouTube kini bertapak di Malaysia apabila ia kini mempunyai domain tempatan dan mula menyokong Bahasa Malaysia.

YouTube Malaysia telah dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith.

Menurut Smith, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari. Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia

Dengan adanya YouTube Malaysia, pindah naik video akan lebih lancar dan cepat.

Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.

Perkembangan ini dianggap sebagai sesuatu yang baik bagi industri muzik tanah air kerana secara rasminya ia merupakan salah satu media untuk menyebarkan kandungan digital hasil karya dan ciptaan anak tempatan.

YouTube telah menandatangani sebuah perjanjian dengan Music Author's Copyright Protection (MACP) bagi membolehkan pemuzik dan artis di Malaysia menjana pendapatan melalui perkongsian hasil iklan di rangkaian sosial tersebut.

Adam Smith selaku Pengarah Pengurusan Produk Asia Pasifik YouTube berkata ia merupakan kali pertama pemuzik dan artis di Malaysia bakal menerima hasil dan menjana pendapatan melalui iklan di YouTube dengan karya-karya yang dihasilkan oleh mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top