Whiskas dan Pedigree adalah penaja utama iaitu dua syarikat yang begitu dikenali dengan pemakanan dan penjagaan haiwan.
Seperti tahun sebelumnya, sebanyak empat kategori larian akan dipertandingkan iaitu Feel Good Run, Run with Celebrities, Costume For Run dan Kids Run yang masing-masing menyediakan jarak dan had umur berbeza.
Acara larian ini juga bakal menampilkan ramai selebriti popular yang tentunya akan memeriahkan acara ini. Tidak ketinggalan, personalti popular Media Prima turut akan mengambil bahagian.
Tahun ini, semua kutipan daripada larian ini akan disalurkan secara sama rata kepada empat penerima iaitu Yayasan Chow Kit, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society dan PAWS Animal Welfare Society Malaysia.
Pendaftaran akan mula dibuka pada 21 Mac ini dan yuran dikenakan sebanyak RM25 untuk peserta 13 tahun ke atas dan RM10 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Maklumat lanjut larian ini boleh didapati dengan melayari www.ntv7.com.my/feelgoodrun
0 ulasan:
Catat Ulasan