Fasha Sanda tidak mahu terhutang budi dengan mana-mana pihak. Lantaran itu, bagi merealisasikan perkahwinannya, Fasha dan Jejai enggan ditaja.

Bagi menjayakan hari berbahagia itu, tiga majlis resepsi akan diadakan.Majlis resepsi perkahwinan yang pertama diadakan di kediaman barunya di Ampang.Fasha turut mengadakan resepsi di kampung halaman, Perlis dan sebuah lokasi yang masih dirahsiakan, di luar Malaysia.


“Majlis pertama, ia diadakan sekali gus dengan majlis akad nikah. Kami hanya menjemput 200 tetamu sahaja.

Tiada sebarang tema untuk majlis pertama.

“Di Perlis, saya memilih tema tradisional. Majlis yang diadakan lebih besar kerana keluarga saya sangat ramai, mungkin 1,000 tetamu.

“Bagi resepsi ketiga, ia di luar Malaysia dan dihadkan kepada 200 tetamu sahaja. Ia hanyalah untuk kenalan terdekat sahaja,” katanya.

Jika selebriti lain lebih selesa menerima tajaan daripada pihak tertentu, namun berbeza pula dengan Fasha dan bakal suami.

Enggan menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak, Fasha mengambil langkah itu sebagai salah satu cara agar tidak terhutang budi.

Jelas Fasha, segala kelengkapan perkahwinan termasuk empat persalinan dibeli sendiri bakal suaminya tanpa tajaan.

“Sejak awal perancangan lagi, bakal suami melarang saya untuk menerima sebarang tajaan. Dia mahu mengeluarkan wangnya sendiri untuk majlis kami. Meskipun saya mendapat banyak tawaran tajaan, tapi terpaksa ditolak atas permintaan Jejai. Setelah difikirkan, betul juga pendiriannya kerana dapat mengelak daripada terhutang budi satu hari nanti. Biarlah segalanya daripada kami sendiri,” katanya yang mengakui lamaran itu merupakan lamaran kedua Jejai buatnya.

Fasha dan Jejai akan berbulan madu di Pulau Redang sebelum Fasha kembali sibuk shooting drama.

1 ulasan:

  1. Bgus lah lgpun duit suami nya pun bnyak so x perlu la tajaan mana2

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top