Shaheizy Sam selalu membawa watak gangster atau budak nakal. Terbaru Sam akan berlakon dalam filem baru, Kisah Paling Gangster arahan Brando Lee.

Masih diberi kepercayaan membawa peranan utama, Sam bergandingan pula dengan bakat baru yang semakin meningkat populariti, Wawa Zainal.

Filem terbitan B & L Kreatif ini menampilkan genre aksi mengisahkan Remy Asmara lakonan Sam yang terjebak dalam aktiviti kongsi gelap.

Menurut Sam, watak baru yang bakal dilakonkannya kali ini memberi tarikan berbeza sehingga dianggap paling menarik setakat ini.

"Dari aspek pembangunan karakter itu sendiri peranan saya ada lapisan corak hidup untuk ditunjukkan. Filem ini adalah kisah hidupnya melalui bermacam cabaran. Ia bukan sebarangan gangster.Berbanding Evolusi KL Drift 2 dan Kongsi, wataknya hanya ada satu lapisan cerita dan tujuan. Sebaliknya kali ini, saya perlu bermain dengan banyak emosi dan fizikal.Watak ini seolah digambarkan ketika dia menyelamatkan nyawa, dia juga sanggup mengambil nyawa orang lain. Saya sendiri seronok apabila berpeluang melakukan babak lagak ngeri sendiri," ~Shaheizy Sam
Masih di peringkat praproduksi, Sam berpandangan Brando lebih memahami penceritaan yang mahu disampaikan. Merujuk sesi pembacaan skrip dijalankan sebelum ini, Sam menyukai perkembangan watak yang dibuat secara mendalam.

Shaheizy Sam

"Saya rasa dia seorang pengarah yang bagus berdasarkan skrip tetapi teknikal belum tahu. Sebagai pelakon, saya suka membawakan watak gangster tapi ia bergantung kepada watak yang ditawarkan.Seperti filem ini, saya melihat aksi gangster yang ditunjukkan lebih asli ditambah aksi pergaduhan jalanan," katanya.

Brando pula yang pernah menerbitkan filem Love Matters (2009) dan Aku Tak Bodoh, mengambil strategi baru apabila bekerjasama dengan MIG dari aspek pengedaran dan pemasaran.

Katanya, David memberi galakan kepadanya membuat pinjaman perfileman pertama kali untuk projek filem ini dan menggunakan hampir kesemua pelakon utama MIG.

"Memang pada mula saya terfikir Sam untuk melakonkan watak utama ini. Ketika saya menonton Jangan Pandang Belakang Congkak, saya lihat Sam ada kelainan dan 'versatile'.

Apa yang ingin disampaikan, Brando menyatakan kisah gangster kali ini tiada kena mengena dengan sekuel gangster yang pernah dilakonkan Sam dalam filem lain.

Filem Kisah Paling Gangster dijangka membelanja kos antara RM1.3 sehingga RM1.5 juta ini memulakan penggambaran di sekitar Lembag Klang bermula 27 Mac ini. Ia turut dijayakan Wan Hanafi Su, Razib Salimin, Shajiry, Zul Suphian, Fyza Kader, Epy Raja Lawak, Alex Yanz dan Mikael Andre.

Bagi peminat Shaheizy Sam, kita nantikan filem terbaru lakonan Shaheizy Sam ini!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top