Gelanggang Raja Lawak 6 telah bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, dan untuk minggu kesembilan ini, dua tema yang berbeza iaitu zaman kanak-kanak dan "kalau aku...." telah diberikan kepada peserta. Kelainan untuk minggu ini, meskipun mempunyai tema yang sama, setiap peserta telah diberi tajuk persembahan tersendiri dari barisan tenaga pengajar. Ini bermakna setiap peserta mempunyai kisah berlainan untuk disampaikan untuk setiap pusingan.
Secara keseluruhan, tiada peserta yang benar-benar menyerlah untuk minggu kesembilan ini. Shiro yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk menjadi juara juga gagal menyampaikan persembahan yang menarik. Sementara tiga lagi peserta pula hanya mempamerkan persembahan sederhana dan masih belum mencapai tahap memuaskan.
Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain Sheila Rusly, dua lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya dan penerbit terkenal, David Teoh.
Shiro dan Zero adalah di bawah didikan Tauke (Jambu), sementara Cuit pula di bawah tunjuk ajar Yus (Jambu) dan 2Yol merupakan anak buah kepada Angah.
Jom saksikan Gelanggang Akhir Raja Lawak 6 yang akan berlangsung minggu hadapan di Dewan Sivik MBPJ. Pas masuk PERCUMA boleh didapati di Pintu Utara, ASTRO Bukit Jalil pada hari Jumaat, (16 Mac 2012) bermula jam 10 pagi. Pas Masuk adalah terhad dan siapa cepat, dia yang dapat.
tak faham y 2yol selalu ranking 1st,tak lawak langsung!!!!!!!!!!!!mcmmana la juri boleh komen bagus, Raja Lawak 6 paling tak menyerlah langsung, dah hbs kot bakal2 pelawak yg baru....apa2 pun tetap sokong Zizan & Johan....u guys mg the best....i gelak tgk Raja Lawak 6 pun sbb JOZAN........
BalasPadam