Jumaat lalu, menerusi bantuan biro seniman muda, Persatuan Seniman Malaysia, Melia tampil dalam satu sidang akhbar khas bagi membersihkan namanya sekaligus menyelesaikan masalah serta spekulasi yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Alhamdulillah, dari segi siasatan pihak Seniman melalui penasihat undang-undangnya, terbukti video itu bukan saya. Keluarga saya juga lega video itu bukan saya," ujar Melia ketika ditemui di Saloma Bistro, baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar tersebut, pihak Rotikaya.com turut hadir bagi membuat permohonan maf secara terbuka kepada Melia sambil disaksikan ahli Seniman dan media yang hadir. Enggan memanjangkan kes, pelakon berusia 19 tahun itu turut memaafkan blog tersebut.
"Bagi Melia, isu ini salah faham. Mereka sepatutnya menghubungi Melia terlebih dahulu untuk bertanyakan soalan sebelum mengeluarkan gambar dan video tersebut. Melia ada bertanyakan kepada mereka dari mana dapat video tersebut dan mereka cakap dari pihak yang tidak diketahui.
"Walau bagaimanapun, Melia maafkan mereka namun yang lain terserah antara urusan mereka dengan Allah. Melia masih belum lega tapi agak puas hati dengan perkara ini yang dapat diselesaikan juga akhirnya. Melia sendiri dah pergi ke balai polis dan tarik balik kes ini."
Pihak Rotikaya juga berterima kasih kepada semua pihak terutama Melia yang akhirnya dapat mengakhiri isu video ini sekaligus melegakan banyak pihak.
0 ulasan:
Catat Ulasan