Perkenalan Azza dengan Azlan bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan dia telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.
"Pertama kali saya berkenalan dengan Azlan, saya dapat rasakan bahawa dialah lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Keikhlasan dan kejujurannya membuatkan saya tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.
"Lebih bermakna lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui hubungan kami," ujarnya.
Namun begitu, Azza membuat keputusan untuk berkahwin tanpa sebarang ikatan pertunangan kerana enggan melalui cabaran yang tidak diduga itu.
Sama ada bertunang atau tidak, ia bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih mudah untuk dirinya dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga terus.
"Rasanya, perkara baik (berkahwin) tidak perlu dilengah-lengahkan. Dan saya rasa, kami tidak perlu melalui fasa pertunangan.
"Nanti banyak pula cabarannya. Sudahlah kerja penuh dengan cabaran, sebelum kahwin pun nak ada cabaran pula. Saya tidak mahu melalui itu," katanya yang dihubungi mStar Online , di sini, Ahad.
Azza dilamar dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet.
Bercerita mengenai persiapan perkahwinannya, Azza berkata, dia belum merasai debaran untuk menjadi isteri orang tetapi mengakui, semakin dekat tarikh pernikahannya, semakin banyak pula tawaran lakonan yang diterima.
"Mungkin inilah dia dikatakan rezeki nak kahwin agaknya. Memang sejak kebelakangan ini saya terpaksa tolak pelbagai tawaran lakonan, demi membuat persiapan diri pada majlis pernikahan nanti.
"Apa yang saya berlaku sekarang, sama seperti perkahwinan terdahulu saya. Bila nak kahwin saja, tiba-tiba kerja datang selonggok. Alhamdulillah, saya bekerja macam biasa dan mengambil kerja-kerja lakonan mengikut kemampuan diri, sampai badan rasa nak demam dibuatnya.
"Dan setakat sudah 70 peratus persiapan yang dilakukan. Saya bersyukur kerana mempunyai teman-teman yang membantu, terutamanya, teman baik saya bernama Sam," kata Azza.
0 ulasan:
Catat Ulasan