Edisi Khas adalah program TV yang berjaya menambat hati penonton TV3 dengan genre `spoof news' yang membincangkan isu semasa dengan penuh drama.

Edisi Khas 2 memperkenalkan Azad Jasmin, Noorkhiriah, Bell Ngasri, Ebby Yus, Azlee Jaafar yang akan beraksi di samping Saiful Apek, Sharifah Shahira dan Ropie Cecupak.

Jom ikuti episod kedua yang mula ditayangkan 20 Mac 2012 jam 10 malam bersama pengacara, Azad Jasmin Luvie yang melaporkan tiga isu berkaitan kehidupan seharian masyarakat seperti `sakit jantung pembunuh nombor satu negara, kerana mulut binasa badan dan kepentingan sikap bertolak-ansur.

Menerusi sketsa yang mencuit hati dan lawak menyindir, Ramli (Ropie Cecupak), Ya (Saiful Apek) dan Kutty (Ebby Yus) menyesal apabila tidak mengendahkan nasihat selepas disahkan menghidap sakit jantung. Ramli menyesal kerana mengamalkan tabiat menghisap rokok, selain tidak melakukan senaman dan asyik makan saja.

Kutty pula menyesal kerana terlalu tertekan atas beban kerja yang dihadapinya. Antara topik menarik menerusi Edisi Khas 2 seperti ulat tiket, cemburu, biar lambat asalkan selamat, kenaikan harga barang, bahaya merokok, jangan suka berjanji dan banyak lagi isu semasa yang menarik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top