The Secret Life of Nora yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 29 September hingga 16 Oktober 2011 menerima 12 pencalonan dalam Anugerah Seni Boh Cameronian kali ke-9.

Pementasan muzikal yang diterajui oleh Datin Seri Tiara Jacquelina itu menerima pencalonan dalam kategori seperti Koreografer Terbaik, Muzik Asal Terbaik, Lirik/Buku Asal Terbaik, Arahan Muzikal Terbaik, Persembahan Pakaian Terbaik, Set Pentas Terbaik, Kostum dan Solekan Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik dan Kesan Cahaya Terbaik.


Manakala The Secret Life of Nora turut menerima pencalonan dalam kategori Arahan Terbaik menerusi pengarahnya, Steven Dexter bersaing dengan calon lain iaitu Joanna Bessy (Dreamgirls), Pat Ibrahim (Terima Kasih Cinta) serta Harith Iskandar dan Hans Isaac (Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal).

Bagi kategori Pelakon Utama Terbaik, Ryan Silverman bersaing disamping Awie menerusi teater muzikal Lat Kampung Boy Sebuha Muzikal dan Tabitha Kong dalam The Last Five Years.

Manakala, Stephanie Van Driesen dan Adibah Noor masing-masing menerima pencalonan dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik dalam persembahan cemerlang mereka dalam The Secret Life of Nora.

Bagi setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Annugerah Boh Seni Cameronian diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua penggiat seni dalam bidang teater, teater muzikal dan lakonan dan ia dianjurkan oleh kakiseni.com.

~ Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top