Kumpulan Angsa Ganas menang dalam persembahan minggu pertama Super Spontan, Studio Finas, Hulu Klang.

Angsa Ganas yang dianggotai oleh Zizan, Suhaimi, Tauke, Rahim R2, Rizman, Zahid dan Nana Mahzan serta diuruskan oleh Rashid Salleh telah berjaya menewaskan kumpulan Beruang Comel dengan undian SMS, sekali gus dihadiahkan wang tunai RM5000. Hadiah kemenangan itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga Allahyarham Din Beramboi, seorang individu yang tidak asing lagi dalam persembahan spontannya.

Daphne Iking yang sepatutnya menjadi anggota Angsa Ganas pula tidak dapat beraksi dan kelibatnya telah digantikan oleh Nana Mahzan

Beruang Comel yang dianggotai oleh Johan, Bell Ngasri, Ropie, Shahrul Shiro, Sathiya, Cat Farish dan Yasmin Hani pula tewas pada minggu ini dan terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan. Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana penyingkiran dilakukan pada minggu ini dan kesemua peserta diberi peluang kedua pada minggu hadapan. Beruang comel diuruskan oleh Reza Zainal.

Super Spontan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Prima (saluran 105, hanya untuk minggu ini) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Adibah Noor. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Lima pusingan permainan telah dijalankan untuk minggu ini untuk menguji kebijaksanaan para peserta. Pusingan pertama ialah Penterjemahan yang memerlukan peserta menterjemahkan bahasa makhluk asing. Pusingan kedua dinamakan Beku dan peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain.


Pusingan ketiga ialah Pemberita Berkepala Tiga di mana tiga peserta akan membacakan berita secara bergilir-gilir nama hanya dibenarkan menyebut sepatah perkataan sahaja setiap seorang. Soal Menyoal pula adalah permainan di pusingan keempat dan peserta harus berinteraksi dengan menjawab soalan dengan soalan. Pusingan terakhir dinamakan Demonstrasi dan seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu.

Minggu pertama Super Spontan nyata berjaya menarik perhatian dengan telatah para pesertanya sehingga ramai tidak kering gusi melihat aksi mereka melakukan setiap tugas dengan spontan.

Kredit: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top