Fiffy Natasya akui melakukan kelainan dalam kariernya sebagai artis kerana muncul dengan dua imej bagi membezakan karakternya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Sejak awal pembabitannya dalam bidang seni kira-kira 10 tahun lalu, Fiffy sudah memutuskan untuk dikenali dengan dua imej yang berasingan.
Fiffy pertama kali muncul dalam filem Cinta Kolestrol pada tahun 2003 dengan memegang watak sebagai Erra Fazira ketika kanak-kanak.
Untuk bidang lakonan dia selesa menggayakan imej kasual dan ringkas bersesuaian dengan imej remajanya. Manakala untuk imejnya sebagai seorang penyanyi, dia mahu berfesyen seperti bintang Korea dan Jepun.
Menurut Fiffy, bagi imej seorang pelakon, dia selesa menampilkan dirinya yang sebenar bersesuaian peringkat umur dengan berimej kasual.
Namun di pentas nyanyian, dia mahu orang lihat saya seperti bintang pop dari Korea dan Jepun kerana sangat meminati muzik dan fesyen dari kedua-dua negara itu.
Fiffy yakin peminat tidak akan keliru dengan kemunculannya terhadap dua imej tersebut sebaliknya dapat melihat penampilan yang berbeza pada dirinya.
"Setakat ini tidak timbul soal keliru kerana langkah itu membolehkan peminat membezakan pembabitan saya dalam dua cabang yang berlainan itu,"
0 ulasan:
Catat Ulasan