Pelakon Shahrizal Jaszle tidak menafikan menghadapi masalah sering datang lewat ke lokasi tetapi ia bukan disengajakan sebaliknya berpunca daripada masalah kesukaran tidur yang dialaminya selama ini.

"Saya mengakui memang mempunyai masalah disiplin sehingga telah menyebabkan pihak lain turut menerima kesan daripada sikap saya.Namun begitu hal berkenaan bukan disengajakan kerana saya memang mempunyai masalah tidur dan sukar untuk bangun pada waktu pagi"

Shahrizal berkata, dia ada meminta bantuan daripada kakaknya yang merupakan seorang doktor dengan memberi ubat bagi membantu membolehkannya tidur tetapi ia tidak mujarab.

"Saya ada cuba untuk merawat masalah saya ini tetapi nampaknya masih belum berhasil. Bagaimanapun saya berjanji akan mengatasi masalah ini supaya tidak menyusahkan pihak lain," katanya.

Shahrizal Jaszle

Walaubagaimanapun, Shahrizal menafikan kononnya dia susah tidur kerana ada masalah dengan Miera tetapi dia merasakan tertekan dengan bebanan kerja sehingga menyebabkan sukar untuk tidur malam.

"Miera tidak menjadi punca tambahan pula hubungan kami telah berakhir. Masalah ini berlaku mungkin kerana apabila sudah terlalu letih saya tak boleh tidur tepat pada waktunya dan sekali gus menyebabkan saya bangun lewat pada keesokan hari,"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top