Minat Sazzy Falak terhadap fesyen memberinya inspirasi dan keyakinan untuk melancarkan jenama pakaian sendiri pada Jun 2012 atas jenama fesyen SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak). Idea itu muncul ketika dia mengandung anak kembarnya, Iman Lilly dan Tiara Rose.

“Saya suka pada konsep street fashion yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini. Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an”

Street Fashion by Sazzy Falak

Sebagai permulaan, jenama SF by SF itu akan menawarkan skaf dan baju hasil lakarannya sendiri dengan kerjasama beberapa rakan.

“Keistimewaan jenama ini adalah kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang serendah RM60 hingga RM120, manakala beberapa pakaian eksklusif rekaan saya akan dijual pada harga sekitar RM200. Sekarang saya tengah sibuk mengumpulkan rekaan yang bersesuaian sebelum ia dilancarkan nanti,” katanya yang merancang untuk menjual produk itu secara dalam talian terlebih dahulu.

Ditanya mengenai persaingan pasaran produk itu memandangkan sudah banyak jenama fesyen yang menawarkan konsep seumpama itu di pasaran, Sazzy berkata keunikan rekaannya mampu menawarkan pilihan berbeza kepada pengguna.

“Saya yakin jenama fesyen ini akan berbeza dan tersendiri daripada jenama-jenama sedia ada. Saya lakar rekaannya hasil daripada selera saya sendiri, pemerhatian dan rujukan daripada laman-laman fesyen di Internet. Apabila ia keluar nanti, orang akan boleh lihat ia adalah sentuhan saya,” kata isteri kepada pengacara dan usahawan Nazril Idrus ini.

~ Petikan Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top