Program-program menarik Wanita Inspirasiku pada bulan Mac dan April ini:
AKASIA: Cinta Buat Emelda, Mulai 26 Mac 2012, Isnin – Khamis, 7.00malam (24 episod)
Adaptasi daripada sebuah novel yang laris ‘Kasih Antara Kita’ mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emilia mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang ulat buku manakala Emilia seorang yang ceria dan gemar bersosial. Emilia terlanjur dengan teman lelakinya, Ariel Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emilia meninggal dunia selepas melahirkan anaknya akibat penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut ialah anaknya. Selepas 7 tahun, Emelda bertemu kembali dengan Aeril. Setelah mengetahui Dania ialah anak kandungnya, Ariel Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah Emilia.
Pelakon: Almy Nadia, Fizo Omar, Erry Putra, Mia Sara Nasuha.
AZALEA: Bonda, Mulai 5 April 2012, Isnin – Khamis, 4.00petang (20episod)
Kasih ibu tanpa sempadan. Rohani ialah seorang janda dan telah memberikan kasih sayang penuh kepada anak-anaknya, Sasha dan Kashah. Demi kebahagiaan anak-anaknya, Rohani akan berusaha untuk memenuhi permintaan mereka. Namun, kasih sayang dan pengorbanan Rohani dibalas dengan penderhakaan apabila Sasha berasa malu dengan latar belakang keluarganya.
Pelakon: Eira Syazira, Normah Damanhuri, Rahim Jailani.
TELENOVELA: Endless Love, Mulai 9 April 2012, Isnin – Khamis, 3.00petang (38 episod)
Drama bersiri Korea yang popular, Autumn In My Heart dalam versi Filipina lakonan Marina Riviera dan Ding Gong Dantes. Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Selepas Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negaradan pulang ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny juga dicintai oleh Andrew. Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta.
Pelakon: Marian Riviera, Ding Dong Dantes.
Rebound To Love, Mulai 20 March 2012, Isnin – Khamis, 9.30pagi (43 episod)
10 tahun yang lepas, Kamboom ialah seorang budak perempuan yang pintar manakala Nai seorang budak nakal yang selalu menimbulkan masalah dalam kelas. Kini, Nai telah menjadi pekerja bawahan Kamboom. Bagaimanakah dua orang yang berlainan personaliti boleh bekerjasama dan akhirnya bercinta?
Pelakon: Nawat Kulrattanarak , Ornjira Laemwilai.
SENDA PAGI: Naik Lif Turun Tangga, Mulai 26 Mac 2012, Setiap Isnin, 10.30pagi (13 episod)
Sejak bercerai, Munirah telah membesarkan kedua-dua anaknya tanpa mengharapkan bantuan daripada bekas suaminya, Amran. Kehidupannya yang tenang kembali menjadi kecoh selepas Amran berkahwin semula dengan Noridah, seorang pegawai perhubungan awam (GRO) yang cantik. Bagaimanakah Munirah berdepan dengan gelagat Amran dan Noridah?
Pelakon: Noorkhiriah, Azlee Jaafar, Azzarima, Ezany, Wan Sharmila, Eka Farhana.
SINETRON: Dia Jantung Hatiku, Jun 2012, Setiap Isnin – Khamis, 2.00petang
Aida tetap tabah menjalani kehidupannya walaupun menderita dengan sakit jantung. Datuknya yang sakit tenat mahu melihat Aida bertunang dengan cucu kenalannya, Riza. Penolakan Aida mengecewakan datuknya dan akhirnya meninggal dunia degan kesal. Aida rasa bersalah dan menuruti pesanan datuknya untuk bertunang dengan Riza. Aida disangka perampas kekasih sebab Riza sudah mempunyai teman wanita, Indira yang juga merupakan sahabat penanya. Aida menjadi bingung. Pada masa yang sama, Aida didekati dengan jirannya, Aksan yang baik hati dan prihatin. Bagaimanakah kisah selanjutnya?
Pelakon: Naysilla Mirdad, Christian Sugiono, Kimberly Rider, Rionaldo Stokhorst, Desy Ratnasary, Mathias Muchus, Drg. Fadly, Rima Melati
Wanita Hari Ini, Isnin – Jumaat, 12.00tengahari
Sebuah program khusus untuk kaum wanita dan seisi keluarga. Program bual bicara memfokuskan isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik, antaranya isu hari ini, fesyen terkini, soal kesihatan, personaliti berjaya, dekorasi rumah dan kisah rumahtangga yang mendapat perhatian ramai.
Hos: Azizah Ariffin, Fiza Sabjahan, Teh Syuhaida, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim.
Nona, Setiap Ahad, 2.00petang
Sebuah program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini. Terdapat 5 segmen tetap setiap minggu iaitu Realiti, Glam Buzz, Sekilas: Kaki Shopping & Terapi, Rasa, Suasana dan 3 segmen yang berubah mengikut turutan setiap minggu termasuklah Minat Sangat / Tambah Dana, Sepetang Bersama / Di Sebalik Nama dan Makan Angin / Kembara Benua.
Hos: Fara Fauzana dan Neelofa.
5 Rencah 5 Rasa (musim 4), mulai 2 April 2012, Setiap Isnin, 11.30pagi (13 episod)
Pelajari aneka resepi dan tip masakan yang cukup menyelerakan bersama chef selebriti, Shersen di musim terbaru ini. Saksikan cara-cara Shersen melapah kambing, memasak belut serta memasak di luar lokasi yang menarik seperti Gold Coast Sepang dan kapal cruise Putrajaya.
Women Travel Show, Oktober 2012, Setiap Khamis, 11.30pagi
Terokai dunia dengan santai. Kembara mengenali pelbagai lokasi menarik untuk percutian, riadah, santapan, beli belah dan banyak lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan