The Cranberries Live In Malaysia 2012


Ingat tak lagu Zombie, Dreams, Ode To My Family, Salvation, Linger dan Animal Instinct? Dengan jualan album melebihi 30 juta unit di seluruh dunia, menduduki carta Top 20 Billboard menerusi empat lagu, serta lebih daripada lapan lagu mereka mengungguli carta lagu popular membuatkan kumpulan The Cranberries menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan antarabangsa sekitar penghujung 90an.

Kini selepas sekian lama dihiburkan dengan lantunan vokal unik penyanyi utamanya, Dolores O'Riordan, kumpulan dari Ireland ini bakal mengadakan persembahan di Malaysia sempena konsert jelajah dunia yang bakal diadakan 4 April ini, bertempat di Stadium Negara, jam 8.30 malam.

Diuruskan bersama oleh The WonderLand+ dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya konsert kemunculan semula salah satu daripada band terbesar dunia dan tidak harus dilepaskan peminat mereka.

Khusus untuk peminat kumpulan yang dianggotai empat anggota ini, tiket menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut kategori iaitu RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual pada harga RM230 dan RM280 (VIP). Manakala harga RM220 dan RM300 pula masingmasing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

Tiket boleh didapati menerusi online di www.ticketcharge.com.my dan melalui tempahan telefon di talian 039222881

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top