Program realiti Mrs. Eastwood & Company dimulakan dengan mengikuti perjalanan isteri Eastwood, Dina Eastwood dan anak-anak perempuannya Francesca dan Morgan di kampung halaman mereka di Carmel, Carlifonia.
Turut dipaparkan mengenai kisah Dina menerbitkan album sebuah band yang dianggotai enam orang berasal dari Afrika Selatan yang digelar “Overtune”.
Walaupun pada siri realiti itu, Eastwood yang juga merupakan seorang pengarah filem tidak akan muncul kerana tidak mengambil bahagian, beliau dilaporkan mengalu-alukan pengumuman mengenai program ini.
"Saya benar-benar berbangga dengan keluarga saya.
"Mereka ialah sumber inspirasi dan hiburan yang berterusan," kata pelakon itu.
Sementara itu, menurut Dina, orang ramai pasti terkejut dengan kehidupan sebenar keluarga itu.
“Keluarga kami sebenarnya menggunakan pendekatan tidak konvensional dan saya juga yakin, orang ramai akan mula jatuh cinta dengan band baru saya , Overtune," katanya. - Reuters
0 ulasan:
Catat Ulasan