Danny (X-Factor) akan adakan majlis resepsi perkahwinannya buat kali ketiga di Zebra Square, Jalan Ampang pada 25 Mac 2012.

Menurut Danny, majlis itu diadakan bagi memperkenalkan isterinya iaitu Saidatul Fazlin Zakaria atau Leen kepada pihak media dan kenalan rapat yang tidak sempat menghadiri resepsi perkahwinannya di Kelantan pada Oktober 2011.


"Ada sesetengah pihak yang masih keliru sama ada saya sudah berkahwin atau pun tidak? Sebab itu saya mengambil kesempatan mengadakan majlis ini sebagai cara untuk menghebahkan kepada rakan-rakan dan pihak media.

"Rasanya tidak terlambat kerana saya dan isteri baru sahaja berkahwin dalam enam bulan," ujarnya.

Danny dan Leen yang juga seorang pramugari bernikah pada 16 September tahun lalu selepas beberapa tahun menyulam cinta.

Dalam pada itu, Danny berkata, majlis berkenaan bakal bertemakan perkahwinan ala-Inggeris berikutan dewan yang ditempah memang berkonsepkan demikian dan telah menghantar sebanyak 400 jemputan.

Sementara itu, ditanya mengenai kehidupan sebagai suami isteri, Danny memberitahu perkahwinan adalah perkara paling terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Danny memeberitahu, kenikmatan berumah tangga sukar diucap dengan kata-kata dan mengakui bahagia berada di samping isterinya.

"Alhamdulillahlah perkahwinan saya dengan Leen bahagia dan saya bertuah dapat menjadikan dirinya sebagai isteri," ujar Danny.

Ditanya mengenai anak, Danny berkata, buat masa ini dia dan isterinya masih dalam fasa bulan madu dan merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

"Sekarang tengah “honeymoon” lagi, Insya-Allah tahun depan kami merancang nak dapatkan anak," ujarnya.

Petikan: Mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top