Menurut ibu LJ, tarikh 28 Mac menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun. Jelas Puan Habshah lagi, sebagai seorang ibu dia berasa gembira kerana akhirnya anak kesayangannya itu bertemu jodoh.
“Sebenarnya perkenalan LJ dengan bakal tunangannya itu sudah lama kerana kami tinggal berjiran, tetapi hubungan mereka mula rapat dalam dua atau tiga bulan ini sahaja. Perkara ini berlaku sangat pantas. Inilah yang dikatakan jodoh. Sebagai seorang ibu, saya tumpang gembira dengan perhubungan ini dan mengharapkan yang terbaik untuk LJ,”
Mengulas tentang persiapan majlis itu, Puan Habshah memberitahu segala persiapan berjalan dengan lancar dan setakat ini sudah siap 80 peratus.
“Majlis pertunangan LJ dan Fathuddin akan diadakan di rumah keluarga sahaja dan majlis itu akan berlangsung pada sebelah malam. Setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Boleh dikatakan 80 peratus telah siap. Dalam sedikit masa lagi, pihak keluarga akan menghantar undangan kepada pihak media untuk sama-sama meraikan hari istimewa itu,” tambah Puan Habshah lagi.
LJ akan mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangan itu nanti. Gaun moden berharga RM10,000 itu direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris.
“Ketika LJ berjumpa dengan saya, dia sudah beritahu apa yang diinginkan. Malah, dia juga membawa beberapa gambar untuk ditunjukkan kepada saya. Jadi, saya tidak punya masalah untuk menghasilkan rekaan yang dia mahukan. Lagipun, ini bukan pertama kali kami berkerjasama. Apa yang boleh saya katakan, gaun moden rekaan saya itu menonjolkan konsep gaun Puteri Diraja Inggeris dan menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’. Bakal tunangan LJ pula akan mengenakan sepasang Baju Melayu berona sama,” ujar Rizman kepada GUA sebentar tadi.
~ Gua
0 ulasan:
Catat Ulasan