Program Super Spontan (SS) disiarkan oleh Astro Warna (Saluran 132) mulai 30 Mac 2012 menggantikan slot Raja Lawak 6 pada setiap Jumaat, jam 10 malam.

Program Super Spontan (SS) menampilkan 14 peserta yang bukan saja lahir dalam bidang lakonan komedi, tetapi turut disertai peserta yang terdiri daripada penyanyi, pengacara, penyampai radio dan pelakon.

Antara peserta SS ialah Johan, Zizan, Tauke, Daphne Iking, Cat Farish, Zahid, Rahim R2, Riezman Khuzaimi, Ropi Cecupak, Yasmin Hani, Sathiya, Bell Ngasri dan peserta tunggal dari Singapura iaitu Suhaimi Yusof. Kesemua peserta terbabit dibahagikan kepada dua kumpulan yang diberi nama Beruang Comel dan Angsa Ganas.

Menerusi kumpulan yang diwujudkan itu, dua pengurus atau pengatur strategi telah dilantik iaitu Rashid Salleh dan Reza Zainal.

Kumpulan Beruang Comel yang diuruskan Reza dianggotai Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish, Ropie dan Sharul dari kumpulan Shiro.

Manakala Angsa Ganas yang dikepalai Rashid Salleh akan disertai oleh Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke dan Rahim R2.

Pembahagian peserta untuk kedua-dua kumpulan itu telah dibuat secara undian pada sesi boot camp yang telah dijalankan pada 8 Mac lalu.

Super Spontan (SS)

Penerbit Eksekutif SS iaitu Afdlin Shauki bakal berganding bahu bersama Harun Salim Bachik untuk menjadi pengkritik tetap.Pelawak yang terkenal dengan tag line I'm Sorry, Amir turut sama dilantik sebagai pengkritik tetap dan Adibah Noor sebagai hos.

Setiap minggu, SS bakal menampilkan tema permainan berbeza yang mana kebanyakan peserta tidak mengetahui tugasan yang perlu dilakukan pada minggu berkenaan.

Penjurian SS dibuat berpandukan SMS seratus peratus tetapi ia hanya untuk memilih kumpulan yang layak menang pada setiap minggu.

Penyingkiran peserta pula akan dibuat bersandarkan suara ramai ahli kumpulan.

SS turut memberi kepercayaan kepada portal murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi program ini bersama program Apa Kata M? yang akan menjadi program rasmi di sebalik tabir SS.

Sumber: Murai

1 ulasan:

  1. ss okey tapi harap dapat kurang kan atau tak payah ada iklan ... boring nak tunggu .. mcm tengok tv free je nak kena tengok iklan...

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top