MasterChef Malaysia mendapat sambutan hingga pihak Astro merancang untuk mengadakan sebuah program realiti yang sama melibatkan selebriti tempatan yang diberi nama MasterChef Selebriti.

Mengambil format yang sama daripada program televisyen United Kingdom, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, perancangan untuk program realiti itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Semuanya masih dalam perancangan lagi dan saya tidak dapat memberitahu secara teliti mengenainya.

"Kami hanya merancang untuk mewujudkan program realiti pertama itu di Malaysia dalam tahun ini.

"Apa-apa pun nantikan sidang media yang akan kami adakan jika program itu benar-benar akan menjadi di Astro," katanya yang ditemui selepas majlis penyerahan cek kemenangan bernilai RM100 000 sumbangan Astro, di Restoran Bijan, petang semalam.

Astro Ria merupakan saluran televisyen pertama yang mengadakan program MasterChef Malaysia pertama dengan menampilkan Dr. Ezani atau Ezani Farhana Md. Monoto, 26, sebagai juara sulung.

Enggan mendedahkan secara terperinci mengenai program baru itu, Raqim bagaimanapun memberitahu hampir 20 orang artis yang akan menyertainya.

"Siapa artisnya pun kami belum dapat pastikan lagi kerana masih dalam peringkat perancangan. Cuma saya boleh beritahu dalam belasan artis yang akan terlibat," tambahnya lagi.

Selain program MasterChef Selebriti tahun ini juga Astro bakal merancang untuk meneruskan program realiti MasterChef Malaysia bagi musim kedua.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top