Sinopsis The Lorax

The Lorax mengisahkan pengembaraan seorang budak lelaki dalam mencari sesuatu yang membolehkannya memenangi hati seorang gadis yang diimpikan olehnya selama ini.

Pengembaraan itu membawanya menemui sejenis makhluk yang pemarah dikenali sebagai Lorax. Walaupun bersikap sedemikian, namun ia sebenarnya cukup menawan dan berusaha bermati-matian demi menyelamatkan dunianya.

Biarpun Lorax cuba memberikan amaran mengenai bahaya yang bakal menimpa apabila pokok-pokok ditebang secara berlebihan, namun seorang usahawan yang tamak tetap menumbangkan banyak pokok Truffula bagi menghasilkan pakaian untuk dijual.

Di bawah Renaud dan pasukannya, The Lorax tampak begitu menyeronokkan, apatah lagi dengan karakter yang penuh berwarna-warni. Karakter Lorax sendiri cukup istimewa apabila ia digambarkan sebagai makhluk yang mudah marah dan mendengus, tetapi sebenarnya ia pejuang kepada kesejahteraan serta kehijauan alam ini.

Walaupun lagu yang dimuatkan dikatakan kurang menyerlah, namun dengan animasi yang menonjolkan pelbagai warna menarik, ia tetap muncul sebuah persembahan yang seronok untuk ditonton.


Lebih bermakna apabila ia mengutarakan tema yang sememangnya tidak harus dipandang sebelah mata oleh kita - kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

Mungkin tema sebegini banyak kali diketengahkan menerusi pelbagai filem sebelum ini, namun menerusi pendekatan animasi, ia bagai didikan awal untuk kanak-kanak, malah golongan dewasa, untuk lebih menghargai kesejahteraan bumi.

Mungkin juga ada kalangan penonton akan berasakan, filem ini terlalu bersifat `ceramah' mengenai alam sekitar, tetapi menerusi sentuhan animasi yang cantik, penonton muda pasti mengagumi setiap detik filem ini. Biarpun penulis skripnya, Ken Daurio dan Cinco Paul, tidak mampu menterjemahkan keajaiban karya Dr Seuss pada 1971 itu dengan sepenuhnya, The Lorax masih mampu berdiri sebagai judul yang utuh.

INFO Filem: The Lorax
Genre: Animasi, Keluarga, Kanak-Kanak
Pengarah: Chris Renaud
Pelakon (suara): Danny DeVito, Zac Efron, Taylor Swift, Betty White, Ed Helms, Rob Riggle
Tayangan: Mulai 8 Mac 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top