Chelorong Cheloreng adalah nama dua pengasuh setia kepada Tengku Mahkota Dharma Kesuma dan kisah bangsawan itu mengisahkan Dharma yang enggan berkahwin dengan puteri dari negara musuh ayahandanya melarikan diri dari istana.
Sewaktu dalam pelarian, Derma terpikat dengan Harum Chendana dan mengahwininya. Suatu hari, Harum Cendana dilarikan orang. Derma bersama-sama sahabatnya, Chelorong dan Cheloreng cuba mencarinya.
Moral cerita ini, pada pendapat Zaifri cukup tinggi kerana ia mendedahkan betapa seseorang sanggup menggunakan kekuasaan untuk menguasai orang lain.
Gara-gara Puteri Indah Seri Maharaja begitu tergila-gilakan Dharma dan meronta-ronta mahu mengahwininya, ayahandanya Raja Bintat sanggup menghantar perutusan kepada Sultan Raja Bodol untuk melamar Dharma meskipun mereka bermusuh.
Bagaimanapun, perutusan itu tidak dibalas kerana Dharma melarikan diri dan akhirnya jatuh cinta dengan gadis kebanyakan bernama Chendana. Disebabkan Indah terlalu angau dan tetap mahukan Dharma, Raja Bintat yang berharta dan berkuasa merancang menculik Chendana untuk memerangkap Dharma. Raja Bintat percaya jika tiada cara baik kekerasan selalu berkesan. Sewaktu kehilangan Chendana, Dharma bersama Chelorong dan Cheloreng cuba menjejaki isterinya itu. Bagaimanapun mereka menempuh pengalaman menyeramkan.
Menampilkan kolaborasi hebat antara JKKN dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, pementasan itu turut membabitkan kerjasama daripada Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan.
Barisan pelakon Chelorong Cheloreng terdiri daripada kakitangan JKKN sendiri, pementasan ini dibintangi lima pelakon utama Nik Mohd Faiszulikhwan Mohamad dan Ismarizal Zulamran sebagai Chelorong dan Cheloreng, Mohd Hanafie Mohamad (Tengku Mahkota Dharma) Kesuma, Nurul Syuhada Suhaimy (Harum Chendana) dan Puteri Seri Indah (Rozita Abdul Rahim).
Bagi yang ingin menyaksikan pementasan Chelorong Cheloreng hanya mengenakan kadar bayaran RM5. Maklumat lanjut sila hubungi JKKN di talian 03-20523600 (sambungan 3646/3724).
0 ulasan:
Catat Ulasan