Mylaunchpad (MLP) diasaskan pada 30 Julai 2010 milik Maxis merupakan salah satu portal yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengetahui info-info menarik tentang hiburan, sukan serta gaya hidup dan trend terkini.
Statistik terbaru menunjukkan dari segi laman sengsawang tempatan, kedudukan ketiga yang dicapai oleh MLP adalah hasil tumpuan yang diberikan kepada sudut sukan yang meliputi rangkuman berita sukan dalam dan luar negara serta rangkuman eksklusif dunia hiburan tempatan yang melibat berita dan gosip terkini.
MLP juga mencatat populariti yang memuaskan dari segi laman sosial apabila menerima jumlah LIKE sebanyak 16,000 di Facebook dan diikuti seramai 4500 pengikut di Twitter.
Kejayaan ini adalah sumbangan gabungan-gabungan portal yang bernaung di bawah MLP iaitu:
Murai (www.murai.com.my) - Portal hiburan bahasa Melayu MLP membawakan berita dan gosip sensasi dunia hiburan sama ada tempatan atau antarabangsa. Juga menjadi pilihan untuk anda mengetahui trend fesyen terkini, muzik, rancangan TV serta filem terbaru dalam dan luar negara.
Xuan (www.xuan.com.my) - Portal hiburan bahasa Cina dengan kandungan unik dan member fokus kepada berita hiburan Cina (tempatan/antarabangsa) serta perkembangan terkini dunia hiburan K-Pop dan J-Pop. Tidak ketinggalan rangkuman tentang perlancongan serta makanan dan pelbagai lagi.
Sukan (sports.mylaunchpad.com.my) - Selain membawakan anda perkembangan sukan dalam dan luar negara, pelbagai rangkaian interaktif lain seperti permainan MyFantasy yang membolehkan anda memenangi hadiah lumayan serta pendapat eksklusfi dari sidang redaksi sukan kami juga membolehkan anda mengetahu pelbagai info unik.
News (news. mylaunchpad.com.my) - Politik, gaya hidup, teknologi, gajet, bisnes dan pelbagai info lain boleh didapati di sini yang membawakan anda perkembangan terkini dan semasa. Juga tidak ketinggalan blog-blog editor yang bercerita tentang pelbagai pengalaman mereka. Semuanya ada di MLP.
Berdasarkan kajian Malaysian Digital Association (MDA), lebih dua juta pelawat telah direkodkan melayari MLP pada Januari 2012. Percapaian tertinggi direkodkan pada 9 Januari 2012 iaitu seramai 2.8 juta pelawat direkodkan manakala jumlah terendah ialah pada 23 Januari 2012 iaitu seramai 1.7 juta.
Kiraan jumlah pelawat ini termasuklah penggunaan komputer, telefon bimbit, dan tablet yang yang memilih untuk melayari MLP melalui sistem operasi yang ada.
MLP kini telah memasuki tahun ketiga, dan dengan semangat, sokongan dan wawasan yang baru, MLP mensasarkan untuk memintas mudah.com.my dan thestar.com.my, dua laman sengsawang tempatan terunggul negara yang kini mendominasi carta dari kategori yang sama.
Syabas Maxis dan Mylaunchpad (MLP)!
0 ulasan:
Catat Ulasan