FRIDAY I'm In Love mengisahkan Awang, seorang remaja yang juga seorang pembantu di sebuah kedai buku dan bersahabat baik dengan Ana, Nisha, Pitt, Jo dan Hansem.
Awang menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama mereka pada Jumaat di kedai kopitiam milik bapa Nisha. Sedang mereka sibuk berbual, Awang terlihat seorang gadis cantik iaitu Amy dan secara tiba-tiba Awang cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengannya.
Tanpa disedari, mereka menjadi serasi dan Awang jatuh cinta kepada Amy dan kisah cinta mereka berterusan pada Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu tetapi pada Khamis, Amy menamatkan percintaan mereka dengan mengakui bahawa dia sudah berkahwin.
Awang berasa sangat kecewa, namun pada hari seterusnya, dia bangun dengan ingatan kabur terhadap Amy dan bertemu pula dengan Bella dan jatuh cinta sekali lagi.
Episod pertama Friday I'm In Love akan bersiaran bermula malam ini (setiap Khamis), jam 8.30 malam melalui slot Aurora di TV9 (Saluran 119).
Istimewa buat pertama kalinya, TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada Rabu, 18 Julai, jam 8.30 malam.
Penampilan istimewa pelakon wanita popular seperti Fouziah Gous, Puteri Sarah Liyana, Izara Aishah, Nabila Huda dan Ayang Hussein sebagai kekasih hati Awang pastinya akan lebih menghangatkan lagi drama ini.
PELAKON
Qi Razali - Awang
Nelydia Senrose - Nisha
Aiman Hakim Ridza - Pitt
Zoey Rahman - Jo
Ryzal Jaafar - Hensem
Bella Dally - Ana
Friday I'm In Love adalah drama bersiri 13 episod terbitan TV9
Promo Friday I'm In Love
0 ulasan:
Catat Ulasan