Susana, anak kepada pasangan Mansor dan isterinya, Rohaya. Mereka juga pasangan usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Susana adalah pelajar tahun akhir di sebuah universiti dan kemudian jatuh hati dengan Malik.
Malik antara anak Orang Asli yang bijak dan mampu melangkah ke universiti itu.
Pada masa sama, Malik menjadi idola kanak-kanak dan menjadi harapan tinggi segenap masyarakat kampungnya. Dia adalah sumber inspirasi untuk dijadikan contoh.
Susana kerap menerima sindiran daripada teman yang sama-sama menuntut di universiti selain dihalang keluarganya sendiri.
Malah, ada yang menuduh Susana terkena ubat guna-guna daripada Malik.
Apakah mereka dapat mengatasi segala tohmahan dilemparkan kepada mereka? Jangan lupa saksikan Haruskah Ada Rindu, pada 20 Mac ini, jam 10 malam menerusi TV2.
Telemovie ini menyaksikan lakonan mantap Zahiril Adzim,Shera Ayob (Susana),Fara Fauzana, Bell Ngasri, Mislina Mustaffa, Rosli Rahman dan Mahmud Ali Bashah.
0 ulasan:
Catat Ulasan