Pementasan teater Upin dan Ipin The Musical
Pementasan Upin dan Ipin The Musical terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd bersama CTRA Production akan dipentaskan mulai 14 April hingga 16 Mei 2012 di Istana Budaya selama selama 23 hari.

Penaja utama Upin dan Ipin The Musical, KPJ Healthcare Berhad dan  mendapat kerjasama dari Aswara dan Istana Budayabakal melakarkan sejarah yang tersendiri, kerana menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, YBHG. Dato’ Mohamed Juhari Shaarani, teater ini merupakan pementasan paling lama yang pernah dijalankan di  Istana Budaya.

Bakal dipentaskan di Istana Budaya selama 23 hari, dengan 30 persembahan tanpa henti. 23 persembahan pada waktu malam, manakala 7 persembahan pada waktu siang (3 petang) dan turut diadakan persembahan khas di dalam bahasa Inggeris pada 28 April jam 3 petang. Persembahan khas di dalam bahasa Inggeris ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mendapat tempahan awal dari sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia ini.

Sebanyak lebih dari 55 pelakon cilik berlakon dalam pementasan ini yang merupakan para pelakon kanak-kanak dan dewasa yang telah melalui peringkat ujibakat yang diadakan pada bulan September 2011. Antara wajah yang menjadi tumpuan ramai adalah watak utama Upin dan Ipin serta Dr. Ravi yang dilakonkan oleh Mazhar Mahathir, anak bongsu kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ini merupakan antara watak lucu yang menghiburkan.

Kini, mereka sedang giat menjalankan sesi latihan yang telah bermula seawal bulan Disember tahun lalu. Kebanyakan mereka sedang menjalani sesi persekolahan dan dalam masa yang sama cuba untuk menumpukan perhatian kepada sesi latihan untuk pementasan kelak.

Gabungan tenaga penggiat seni aktif yang berbakat besar seperti Penerbit Eksekutif, Siti Rohayah Atan, Pengarah dan penulis skrip Zaifri Husin yang mendapat gabungan kerjasama dengan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau dikenali sebagai Pak Ngah selaku Pengarah Muzik, pasti pementasan ini akan menjadi sebuah pementasan yang bakal menjadi bualan ramai. Bukan senang untuk mendidik anak-anak kecil dan membentuk mereka menjadi satu pasukan di bawah satu kesinambungan yang seiring, dan tugas yang berat itu telah digalas oleh koreografernya, A. Aris A. Kadir.

Sinopsis Upin dan Ipin The Musical
Upin dan Ipin serta rakan-rakan sedang bermain dan berteduh di dalam sebuah gua ketika hari hujan. Namun, nasib mereka malang apabila sekumpulan labah-labah yang marah mengejar mereka sehingga ke tergelongsor jatuh je dalam terowong. Puteri Cinonet yang memang ingin mengenali kanak-kanak yang paling gembira di dunia, iaitu Upin dan Ipin telah dibawa ke kerajaan Cinonet setelah terpisah dari rakan-rakan mereka.

Teater Upin dan Ipin The Musical

Upin dan Ipin telah mengajar erti kegembiraan kepada Puteri Cinonet dengan mengajarnya pelbagai aktiviti yang menarik. Namun, kehilangan Upin dan Ipin menjadi satu kegusaran buat rakan-rakannya di Bumi. Saksikan apa yang akan terjadi pada pasangan kembar yang telah dibawa ke angkasa lepas itu. Adakah mereka akan pulang ke bumi dan menemui Kak Ros, Opah dan rakan-rakan semula?

Info lanjut, sila layari www.lescopaque.com atau www.upinipinthemusical.blogspot.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top