Filem AKU, KAU & DIA 
AKU, KAU & DIA adalah sebuah filem romantik arahan PIERRE ANDRE dan dibintangi oleh Sharifah Zarinatasha (FINALIS DEWI REMAJA), Remy Ishak, Pekin Ibrahim , Marissa Yasmin, Harun Salim Bachik, Hariss Idola Kecil 3, Nash & Amerul Afendi



Sinopsis Filem Aku, Kau Dan Dia

Aku, Kau Dan Dia mengisahkan harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya, Ilhan, dalam kemalangan jalan raya. Untuk mengubat kerinduan, Mia mencipta lagu yang ditujukan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama dua minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan itu. Pulih daripada koma, Mia cuba mendapatkan kembali ingatannya terhadap nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakah Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?


Info filem Aku,Kau dan Dia
Release Date : 2012
Genre : Romantik Drama
Studio : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Starring : Sharifah Zarinatasha (FINALIS DEWI REMAJA), Remy Ishak, Pekin Ibrahim , Marissa Yasmin,
Harun Salim Bachik, Hariss Idola Kecil 3, Nash & Amerul Afendi
Director : Pierre Andre
Written By : Delynne Hashim
Screenplay By : pierre Andre
Produced By : Tayangan Unggul Sdn Bhd

Facebook: http://www.facebook.com/pages/AKU-KAU-DIA/145111242241497

Filem AKU, KAU & DIA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top