This Means War adalah sebuah filem romantik komedi yang mengisahkan tentang dua sahabat baik yang berkerja sebagai perisik di CIA . Mereka telah jatuh cinta dengan wanita yang sama. Secara tak sengaja, Franklin Delano Roosevelt Foster a.k.a. FDR (lakonan Chris Pine) dan Tuck Henson (lakonan Tom Hardy) telah jatuh cinta dengan Lauren Scott (Reese Witherspoon).
FDR dan Tuck bersetuju untuk tidak memberitahu Lauren tentang perkara ini. Mereka berjanji untuk memikat lauren dengan kebolehan sendiri dan berjanji yang mereka akan terus kekal berkawan, tidak kira siapa yang dipilih oleh Lauren. Best Man Win!
Oleh kerana masing-masing sibuk ingin memikat Lauren, FDR dan Tuck mula menggunakan gadget dan kemudahan peralatan yang mereka miliki sebagai spy CIA untuk mengintip pergerakan masing-masing dan menyiasat latar belakang Lauren. Di sinilah bermulanya aksi komedi dalam cerita ini.
Dalam sibuk merebut Lauren, FDR dan Tuck juga sedang diburu oleh Heinrich (Til Schweiger) yang ingin membalas dendam atas kematian adiknya.
Apakah akan terjadi? Siapakah yang akan dipilih oleh Lauren? Adakah Heinrich berjaya melunaskan hutang darahnya terhadap FDR dan Tuck?
0 ulasan:
Catat Ulasan