Program Misi 12 yang membantu memperkasa serta membina kerjaya remaja akhirnya mengumumkan Muhammad Subky Halib, 23, sebagai peserta terbaik rancangan Misi 12.

Muhammad Subky yang menganggotai kumpulan Awas di bawah bimbingan Pengurus Besar Hap Seng Star Sdn Bhd (Mercedes Benz Malaysia), Datuk Soke Clement Soo, menerima wang tunai RM12,000 serta trofi. Manakala kumpulan Muhibah yang dianggotai empat remaja, Mohd Hazmin Zamri, 19; Raja Mohd Azlan Raja Jafar, 23; Syahirah Saad, 22; dan Nadia Rahmat, 23; berjaya memperoleh Insentif Program Micro Franchise Bangi Kopitiam bernilai RM50,000 serta trofi sebagai kumpulan terbaik.


Program Misi 12 diterbitkan khusus untuk membantu dan merubah masa depan sekumpulan remaja bermasalah. Sepanjang program ini, remaja yang berjaya dipilih diberikan latihan kemahiran yang intensif dan bersepadu dalam bidang automotif, perfileman dan juga makanan bagi membangunkan potensi mereka. Selain itu, mereka juga diterapkan dengan nilai murni seperti aspek intelek, rohani dan jasmani.

Tiada sebarang penyingkiran dibuat sepanjang program ini berlangsung. Markah diberikan secara individu dan mengikut kumpulan berdasarkan kemampuan mereka menyelesaikan tugasan dan cabaran diberikan.

Program yang dihoskan Fahrin Ahmad ini menyaksikan penyertaan 12 remaja terpilih yang dibahagikan kepada tiga kumpulan berserta seorang ikon yang dipertanggungjawabkan memberi inspirasi kepada anak didik masing-masing.

Selain kumpulan Muhibah yang mendapat bimbingan daripada Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam), Ooi Kim Chong, kumpulan Apokalips yang terdiri daripada Muhammad Indera Mulia Muhammad, 24; Mohammad Anaz Mat Lasim, 19; Fatin Azira Rohaizad, 21; dan Nur Atiqah Sarimbi, 23; mendapat bimbingan Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin Pillain.

Kumpulan Awas, selain Muhammad Shubky, turut dianggotai Mohamad Shafwan Abdul Saleem, 19; Nur Syukree Arif Sazali, 19; dan Nor Ain Amin Nudin, 19.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top