Uji Bakat Bintang RTM 2012

Uji bakat Bintang RTM 2012 berlangsung selama 4 minggu berturut-turut pada setiap hujung minggu mulai 10 dan 11 Mac hingga 31 Mac dan 1 April 2012 ( Sabtu & Ahad ).

Bagi meneruskan tradisi gemilang , jenama Bintang RTM dikekalkan sebagai medan terbaik pencungkilan bakat baru dalam bidang seni suara tanah air.

Bersesuaian dengan penganjurannya tahun ini, nama Bintang RTM 2012 ( BRTM 2012) adalah menjadi kesinambungan sebuah pertandingan yang unggul, klasik dan berkualiti.

BRTM 2012 kini tampil membawa nafas baru dalam penganjurannya iaitu terbuka kepada masyarakat umum pelbagai kaum. Ia sekaligus membuktikan kesungguhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk terus melahirkan seorang penghibur yang berpotensi dan versatil.

Penyertaan bagi uji bakat BRTM 2012 kali ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun sahaja, berstatus bujang, amatur dan belum pernah merakam album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.

Konsep BRTM 2012 kali ini melibatkan peserta solo tempatan dan mengutamakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, terbuka kepada semua kaum rakyat Malaysia dengan lagu ciptaan tempatan dalam Bahasa Malaysia atau lagu dari apa-apa bahasa. Genre lagu yang dibenarkan adalah Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Jazz, Dangdut dan Etnik / World Music dalam pelbagai bahasa.

Bintang RTM 2012

Sesi ujibakat akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut :

Minggu 1

Tarikh : 10 & 11 Mac 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM Kota Kinabalu , Sabah

- Jabatan Penyiaran RTM Kuching Sarawak

- Auditorium P.Ramlee , Angkasapuri Kuala Lumpur

Masa : dari 9.00 Pagi – 5.00 ptg

Minggu 2

Tarikh : 17 & 18 Mac 2012

( Sabtu & Ahad)

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM, Kuantan Pahang

- Jotel Lodge , Butterworth Pulau Pinang

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg


Minggu 3


Tarikh : 24 & 25 Mac 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Jabatan Penyiaran RTM Johor Bahru

- Jabatan Penyiaran RTM, Kelantan

- Dewan Sebaguna, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Batu 12 Gombak ,

Selangor

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg

Minggu 4

Tarikh : 31 Mac & 1 April 2012

( Sabtu & Ahad )

Lokasi : - Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri Kuala Lumpur

Masa : dari 9.00 pagi – 5.00 ptg


Uji bakat BRTM 2012 dijalankan secara serentak di beberapa lokasi terpilih. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai BRTM, jangan lepaskan peluang untuk ke lokasi uji bakat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, gambar berukuran poskad ( 4R ) dan sila bawa minus one sendiri. Mari ke sesi ujibakat Bintang RTM 2012.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top