Myza akui, dia sememangnya tidak mampu lari daripada orang yang mempunyai hasad dengki terhadapnya. Apa yang mampu dilakukannya adalah berhati-hati dan sentiasa berdoa. Biarpun menghadapi dugaan di awal kerjaya, Myza yakin dengan rezeki Allah dan tidak akan mudah berputus asa. Dia sedar yang dia harus kuat melawan onak duri bagi memastikan kerjayanya tidak jatuh.
Jurulatih Silat
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, gadis cantik ini sebenarnya seorang jurulatih silat. Mula berlatih sejak umur 14 tahun, Myza sering kali menyertai pertandingan silat yang dianjurkan. Dahulu, Myza sering berlatih namun sekarang akibat kekangan masa, Myza sudah jarang berlatih. Menariknya, kebolehan ini membuatkannya memegang watak utama dalam drama terbitan RTM berjudul “Camar Putih”. Kebolehannya bersilat akan dipertontonkan menerusi drama tersebut. Selain itu, gadis yang ingin menjadi seperti Datuk Michelle Yeoh ini juga mempamerkan bakatnya dalam filem “Jiwa Taiko”. Biarpun wataknya bermain silat tidak banyak, namun dia banyak membantu Diana Danielle selaku watak utama dalam filem tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan