Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah akan bergabung untuk menjayakan The Legendary Concert 2012-Dulu, Kini dan Selamanya anjuran Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd. The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya adalah sebuah konsert yang berskala besar dan melibatkan ‘jentera-jentera’ hebat yang bertaraf lagenda. Pemilihan artis bukanlah bersandarkan kepada hebatnya nama mereka tetapi berlandaskan kepada keupayaan, populariti dan juga komitmen mereka kepada masyarakat bermula dari karier seni sehinggalah mereka mencipta kejayaaan dimasa kini.

The Legendary Concert 2012- Dulu, Kini dan Selamanya

Lebih menarik, konsert ini bakal menjelajah ke lima lokasi berbaza yang dimulakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mei ini diikuti Pulau Pinang (19 Mei), Johor Bahru (26 Mei), Kuching (23 Jun) dan sebagai penutup, empat penyanyi ini akan menggamatkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun depan.

Ternyata inilah peluang terbaik peminat-peminat setia muzik tanah air untuk berkongsi keterujaan menyaksikan penyatuan hebat otai muzik terkenal.

Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket yang sudah mula dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut tentang konsert ini, sila layari www.legendary.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top