Namewee, pengarah kontroversi dan juga Pengarah filem Nasi Lemak 2.0, telah memenangi trofi "Most Promising Talent Award" di Asian Film Festival 2012 yang berlangsung di Osaka, Jepun pada 3 hingga 18 Mac yang lalu .Filem arahannya itu menewaskan filem Indonesia "Lovely Man" dan filem China "The Sword Identity".

Filem yang meraih kutipan sebanyak lebih RM7juta itu dibintangi Namewee, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Datuk David Arumugam dan ramai lagi.


Nasi Lemak 2.0 mengisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.

Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan pertama dari Namawee ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top