Katanya, sejak obses terhadap coklat, dia dan isteri sering membuat coklat sendiri dan akhirnya dijadikan hamper jualan kepada rakan-rakan.
“Bukan saya sahaja yang suka coklat, Diana dan anak-anak pun suka. Dulu saya dan Diana selalu buat coklat di rumah dan kemudian kami buat hamper untuk dijual.
“Bermula dari situ, abang ipar saya, Hamizan mencadangkan agar saya kembangkan perniagaan kerana sebagai penggemar coklat, saya dapat bezakan mana yang sedap dan sebaliknya,” katanya.
Melalui Zamoha Sdn. Bhd., yang menjalankan perniagaan runcit dan dekorasi sejak tahun 2008, dia kini mengembangkan sayap membuat dan mengedar coklat sejak tujuh bulan lalu.
Selaku Pengarah Urusan, Zamarul mengaku selama ini dia hanya mengharapkan abang iparnya melakukan segala urusan kerana sibuk di lokasi penggambaran.
“Sejak Zamoha buat bisnes coklat dengan kerjasama GSR Sdn. Bhd., saya kerap datang ke syarikat kerana di sini juga terletaknya premis membuat coklat buatan tangan.
“Kebanyakan pembuat coklat tempatan beroperasi dari rumah tetapi Zamoha beroperasi dari kilang dan kami juga mempunyai logo halal. Untuk permulaan, kami ambil tempahan daripada pelanggan dan buat bentuk mengikut kehendak mereka,” katanya.
Coklat yang dihasilkan atas jenama Zamoha seperti kolegan coklat dan energi bar bakal dipasarkan tidak lama lagi.
“Sebelum ini, kami buat untuk pelanggan dan sudah tiba masa kami pasarkan coklat atas jenama sendiri. Kami ada dua master chef yang mahir dalam pembuatan coklat dan tujuh kakitangan untuk bahagian pengeluaran.
“Saya ingin mengubah pendirian orang yang mengatakan coklat boleh menggemukkan. Sebenarnya coklat boleh memberi tenaga.
“Bila coklat energi bar berada di pasaran, ia sesuai untuk mereka yang suka aktiviti lasak kerana ia memberi tenaga,” katanya.
Sejak menjalankan bisnes coklat, dia sering membeli coklat keluaran syarikat lain.
“Setiap kali isi minyak kereta, saya akan ‘borong’ coklat. Kadang-kadang budak jaga kaunter terkejut tengok saya beli coklat dalam kuantiti yang banyak. Saya perlu rasa untuk memastikan coklat syarikat Zamoha setanding.
“Kalau produk kita tidak setanding dengan coklat sedia ada, tidak mungkin mereka terima. Kami sasarkan jualan di hyper market,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan