Album berjudul Kompas, Zainal Abidin

Penyanyi Zainal Abidin melancarkan single pertama berjudul ‘Kamu’. Lagu ciptaan Ajai dan gubahannya dilakukan oleh Mac Chew ini adalah inspirasi daripada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seninya.

Saya memilih Ajai untuk projek kali ini kerana beranggapan komposer ini tahu tentang muzik saya kerana dia mengikuti perjalanan karier nyanyian saya. Paling penting, Ajai tahu di mana kekuatan vokal saya. Ini kali pertama kami berkerjasama setelah 30 tahun saya berada di dalam industri. Saya yakin Ajai boleh berikan yang terbaik,” ulas Zainal Abidin.

Dalam masa yang sama, penyanyi berusia 53 tahun ini turut memaklumkan yang dia juga mempunyai dua buah single lagi untuk dilancarkan.


“Kamu adalah single pertama. 21 Mac ini saya akan lancarkan single kedua pula berjudul ‘Alam’ dan majlis pelancarannya akan diadakan di Andaman, Langkawi. Lokasi itu dipilih sebab saya mahu buat penggambaran video klip di sana. Pada 5 Mei nanti saya akan lancarkan single ketiga pula. Single ini akan ditulis oleh Datuk M. Nasir dan judulnya masih belum ada. Saya lancarkan ketiga-tiga single ini secara rapat-rapat sebab berkemungkinan besar saya akan nyanyikan semasa konsert nanti,” ujar Zainal Abidin lagi.’

Untuk makluman, ketiga-tiga single ini akan dimuatkan dalam album terbaru Zainal Abidin yang akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini. Album berjudul Kompas itu akan memuatkan 10 buah lagu kesemuanya.

Untuk keterangan lanjut atau memuat turun single ‘Kamu’, anda boleh melayari laman sesawang www.legendary.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top