Teratak Pak Ajis terletak di RASTA Taman Tun Dr Ismail. Teratak Pak Ajis menjual Mee Rebus Singapore hasil ilham dari Seniman Lagenda Negara, Datuk Aziz Sattar. Kedai yang diusahakan cucu Pak Ajis dan Nik Syafiq. Pak Ajis hanya bertindak selaku penasihat dan pemantau sahaja.

Teratak Pak Ajis sudah beroperasi sejak 4 Feb lalu. Waktu perniagaan adalah setiap hari di Rasta TTDI, Damansara bermula pada jam 7pm. Teratak Pak Ajis hanya memaklumkan di Facebook atau Twitter sekiranya sudah habis waktu perniagaan ataupun bercuti.

Resipi mi rebus ini istimewa kerana ia adalah resepi turun temurun dari keluarga Pak Ajis sendiri dan diwariskan kepada generasi seterusnya iaitu cucu cucu Pak Ajis sekarang.

Nik Syafiq berkata, kepuasan menjual mi rebus ini berbaloi kerana ia semakin mendapat sambutan mengalakkan dari pelanggan semua juga dari kalangan selebriti yang sudi singgah menjamu selera.

Teratak Pak Ajis

Info lanjut Teratak Pak Ajis boleh di dapati di laman www.facebook.com/teratakpakajis atau follow Teratak Pak Ajis di Twitter @TeratakPakAjis.

Mee Rebus Teratak Pak Ajis

Advisor : Datuk Aziz Sattar
Founder : Abu Ubaidah Ahmad Ishak ( @abuubaidahishak )
Co-founder : Nik Syafiq Hadhari Nik Zulkipli ( @niksyafiq87 )

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top