Black dan Meet Uncle Hussain bergabung untuk membentuk kumpulan Black Parallax dalam program Versus.

Menurur Black ,kolaborasi bersama kumpulan Meet Uncle Hussain yang menubuhkan kumpulan Black Parallax untuk program Versus adalah bagi membuktikan dia boleh menyanyi bersama sebuah kumpulan.

Black Parallax

“Selama ini, orang kenal saya sebagai penyanyi solo. Menerusi program Versus, saya mahu buktikan kepada peminat akan kemampuan saya beraksi dengan sebuah kumpulan.

“Ia juga untuk memberitahu bahawa saya masih aktif dalam bidang nyanyian,” katanya yang bakal berduet dengan seorang penyanyi lagenda dalam masa terdekat.

Selain kumpulan Black Parallax, Versus akan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sofazr, Sixth Sense dan Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Layari laman web rasmi www.tv9.com.my/vs untuk info lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top