Malam Gala Hari Ibu Bersama Anuar Zain akan diadakan pada 12 Mei 2012 sempena sambutan Hari Ibu di Hotel One World, Petaling Jaya, jam 8.30 malam dan ia dianjurkan oleh Dream Music Sdn Bhd.

Mother’s Day Gala Night Dinner with Anuar Zain

Pada setiap tahun di bulan Mei, sudah pastinya saat-saat indah meraikan ibu tercinta diabadikan di kalangan insan tersayang bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Menyedari kepentingan diri seorang ibu, Dream Music Sdn Bhd telah mengambil langkah dengan menganjurkan konsert makan malam ini bersama penghibur tersohor tanahair, Anuar Zain.

Setiap pembelian tiket tersebut anda berpeluang menikmati makan tengahari atau makan malam di Restoran Korea ONSEMIRO yang terletak di Intermark, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan diskaun sebanyak 20%.

Dream Music akan menyalurkan sedikit sumbangan kepada persatuan ibu- ibu tunggal. Stesen radio swasta yang tidak asing lagi, Hot FM telah dilantik menjadi radio rasmi bagi menghangatkan penganjuran konsert majlis makan malam tersebut.

Majlis makan makan akan diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Peminat bertuah berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah yang bernilai sehingga RM10,000. Sesi bertemu peminat secara eksklusif juga turut disediakan.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli di www.tickethotline.com.my atau e-pay di stesen Petronas seluruh negara. Anda juga boleh menghubungi Sekretariat Dream Music di talian 03 – 2171 1220 / 2181 (Fariza/Shikin). Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top