Protege Ferhad Wanie terpaksa menarik diri dari Mentor 6 kerana masalah kesihatan iaitu tekanan darah rendah.

Wanie dikhabarkan pengsan masa latihan, Selasa lalu.

"Semalam, dia pengsan sekali lagi ketika sesi latihan dengan Ferhad. Dia dibawa ke klinik dan doktor memberitahu dia ada 'low blood pressure'," kata penerbit eksekutif Mentor 6, Muhamad Sufian Isa.

"Doktor menasihatkan supaya dia tarik diri kerana bila-bila masa saja dia boleh pengsan sekali lagi bila tertekan. Jadi, Ferhad dan juga pihak produksi membuat keputusan untuk menarik dia keluar dari pertandingan atas masalah kesihatan sebab kami bimbang jika ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya.Sebenarnya, semasa 'medical check-up' yang kami aturkan untuk para protege, kami sudah dapati dia ada 'low blood pressure'. Cuma masa itu dia yakinkan kami dia boleh mengawalnya. 'High or low blood pressure' jika boleh dikawal, tiada apa-apa. Tetapi nampaknya dia tidak boleh 'control' ditambah pula dengan 'stress' dan 'pressure' dari pertandingan."

Wanie Mentor 6

Cerita Sufian lagi, bila disampaikan berita itu kepada Wanie, gadis berusia 18 tahun itu meminta untuk diberikan peluang kedua.

"Dia sedih kerana terpaksa dikeluarkan. Dia tidak dapat menerima keputusan itu tetapi seperti yang kami jelaskan padanya, apa yang kami lakukan ini adalah atas kepentingan bersama. Kami tidak mahu apa-apa berlaku padanya. Kami juga tidak mahu mengambil risiko itu. Kami harap dia faham."

Tempat Wanie akan digantikan oleh Tisha. Menurut Sufian, setiap mentor mempunyai seorang protege simpanan. Tisha dijangka akan tiba dari Kelantan jam 4 petang ini, dimana dia akan terus memulakan latihannya dengan Ferhad, penasihat vokal Ajai dan pengarah muzik, Lok U.

Mampukah Tisha mengisi ruang yang ditinggalkan Wanie, jangan lupa saksikan Mentor 6 Ahad ini, 9 malam di TV3.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top