Tiket Konsert Cromok Reunion Live In KL Live 2012 akan dijual pada harga RM98 dan RM138. Tiket boleh didapati menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 03-7880 7999.

Pembeli tiket yang berharga RM138 akan menerima baju-T eksklusif daripada Cromok.

Konsert Cromok Reunion Live In KL

Info Konsert Cromok

Kumpulan otai metal, Cromok, terdiri daripada Khairul Anuar Shariff (Karl), Shamsudin Ali (Sam) dan Tarmizi Mokhtar (Miji) .

Konsert Cromok Reunion bakal berlangsung pada pukul 4 petang 8 April ini di KL Live Center, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran bersama Clockwork Events dan Uncang Tiga itu juga bakal meraikan ulang tahun ke-25 kewujudan kumpulan itu.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 dan pernah menempa nama di Australia dan seluruh rantau di Asia itu kini hanya menyaksikan Karl, Sam dan Miji sahaja sebagai anggotanya, memandangkan seorang lagi anggotanya, iaitu Din atau nama sebenarnya Khairuddin Mohamad sudah meninggal dunia pada tahun 1997.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Anuar Salleh, dia bersetuju untuk kembali menghidupkan Cromok semula kerana begitu merindui bermain alat muzik selain mengakui ingin mengubat rindu peminat tegar mereka.

1 ulasan:

  1. wa pinjam lu punye artikel buat tempek kat blog kecil wa..harap maklum dan tq bro hihi..

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top