Nama sebenar Tisha adalah Shanorbiah bt Shamsir Alam. Tisha dahulu dikenali sebagai Shanordan pernah menempa nama melalui program realiti Audition,ntv7 pada tahun 2004.
Semangat Tisha untuk merealisasikan impiannya bergelar penyanyi menyebabkan pelbagai pertandingan nyanyian disertai seperti One In A Million.
"Saya mendapat panggilan dari krew TV3 pada hari Khamis, sekitar tengah malam. Saya ditanya dalam masa terdekat ini 'free' tak. Tak sampai 30 minit selepas itu, mereka telefon saya balik dan minta saya ke KL esok," katanya yang ketika itu tidak dimaklumkan tentang apa telah yang berlaku pada Wanie.
Amat bersyukur diberi peluang kali kedua ini, Tisha memberitahu akan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Tambahnya, dia tidak kisah menjadi pilihan kedua Ferhad.
"Sikit pun tidak terkilan. Sama ada saya ini pilihan pertama atau kedua, ia tidak menjadi isu. Asalkan kita mendapat peluang ini dan gunakannya sebaik mungkin."
Ditanya jika merasakan dirinya berada dalam keadaan 'disadvantage' berbanding protege lain yang sudah mempunyai lebih banyak masa berlatih dengan mentor masing-masing, jawab Tisha,"Saya redah je-lah. Saya anggap ia sebagai satu cabaran. Tisha berharap dengan peluang ini, Tisha dapat satu platform untuk terus maju."
Meskipun hanya mempunyai tempoh masa 48 jam untuk menyiapkan diri bagi konsert pertama Kumpulan A malam tadi, ternyata Tisha tidak sia-siakan kepercayaan yang diberi Ferhad.
Bersandarkan dua buah lagu, "Kaulah Segalanya" (persembahan solo) dan "Rindu Bayangan" (duet bersama Ferhad), Tisha berjaya memikat hati juri tetap Dato' Sharifah Aini dan Edry Abdul Halim (menggantikan Dato' Ramli MS). Kedua-duanya memuji persembahan Tisha dan sekaligus memberinya 33 markah membawa jumlah markahnya ke 55 (14 markah dari juri awam dan 8 markah dari undian SMS).
# berdasarkan persembahan Ahad, Tisha memang bagus, mungkin pengalaman yang banyak ditimba dari pertandingan realiti yang dimasukinya sebelum ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan