Sinopsis Warkah Cinta Mat Rock, Cerekarama TV3

Warkah Cinta Mat Rock menceritakan kisah Eddie seorang ‘rockers’ tegar yang bekerja sebagai seorang penghantar surat di sebuah syarikat.

Kisah bermula apabila Eddie terpikat dengan Nina, seorang eksekutif baru di syarikat dia bekerja. Setiap hari, Eddie akan lalu di tempat Nina hanya kerana hendak melihat Nina. Nina mula merasa rimas dengan Eddie.

Nina menegaskan yang dia tidak mungkin menerima seorang penghantar surat seperti Eddie. Malah, Nina turut memarahi Eddie kerana sering mengganggu hidupnya. Kata-kata Nina agak keterlaluan sehingga Eddie merasa benar-benar terhina.

Pelakon Warkah Cinta Mat Rock: Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Zarynn Min




Warkah Cinta Mat Rock

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top