Konsert Jessie J Live In Malaysia - Jessie J Live In Malaysia 2012 @ Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya (16/3/12)

Tune Talk dan JS Concert Productions memilih penyanyi Jessie J yang terkenal dengan lagu Price Tag pula untuk membuat konsert sulungnya di Malaysia. Konsert Jessie J Live In Malaysia akan diadakan pada 16 Mac ini di Surf Beach, Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Subang Jaya, bermula jam 8.30malam.

Di Malaysia, selain lagu Price Tag, penyanyi dari Redbridge London ini turut dikenali dengan lagu I Need This dan Who's Laughing Now. Tiket menonton konsert Jessie boleh dibeli di premis hiburan, Rock Corner (cawangan KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall dan The Curve), Victoria Music Centre dan The Guitar Store Outlets.

Tiket dijual pada harga RM298 untuk zon Tune Talk, RM198 (Party Zone) dan RM98 (biasa). Hubungi Ticketpro Hotline, 03-78807999 atau layari www.ticketpro.com.my. Tiket percuma juga akan diedarkan menerusi Facebook Tune Talk di www.facebook.com/tunetalk.

Jessie J Live In Malaysia

Tentang Jessie J
Jessica Ellen Cornish dilahirkan pada 27 Mac 1988 dan dikenali sebagai Jessie J, seorang penyanyi dari UK. Beliau pernah menulis lagu Party in the USA dendangan Miley Cyrus dan I Need This dari Chris Brown. Jessie J mula menempa nama di pentas muzik dunia sejak tahun 2005. Pada tahun 2006, Jessie J muncul dengan single pertama berjudul Do It Like a Dude.



For More Information

Facebook: http://www.facebook.com/JSConcertProductions

Website: http://www.ticketpro.com.my /
http://jsconcert.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top