Pemenang BN Youth Music 2011 bagi setiap kategori berpeluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia selain akan membawa pulang hadiah wang tunai antara RM10,000 hingga RM20,000 berserta trofi.
Program itu menerima lebih 1,200 penyertaan melalui saluran perkongsian video YouTube sejak dilancarkan November lepas serta menerima hits lebih daripada sejuta.
Program itu memasuki peringkat separuh akhir hari ini melibatkan pertarungan 30 peserta dalam tiga kategori iaitu vokal berkumpulan, solo dan band bagi menempah tiket ke akhir.
Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, empat peserta terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk ke pertandingan akhir esok.
"Pertandingan ini menjadi platform dan peluang kepada golongan belia dalam mengetengahkan bakat mereka dalam muzik melalui media sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan