Bercerita mengenai kehidupannya kini, Wan berkata, dia semakin bahagia di samping suami, Azlisham Ibrahim, yang merupakan bekas penjaga gol pasukan kebangsaan Malaysia.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Adam Muqrish, 12, Adam Harris, 9, Adam Iskandar, 8, dan Sarah Aisha, 5.
“Alhamdulillah, sejak kahwin sehingga sekarang rumah tangga kami kekal aman, lagipun kami memang susah nak bergaduh. Biasanya, kalau terjadi pertengkaran kecil, kami akan sama-sama duduk dan berbincang.
“Adatlah, dalam perhubungan lelaki dan perempuan, sesiapa pun mempunyai sikap ego. Bagaimanapun, bagi kami, salah seorang perlu mengalah. Nak panjang-panjangkan pun tak elok,” katanya sambil tersenyum.
Sementara itu, Azlisham turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dijodohkan dengan wanita yang sangat memahami seperti Wan.
“Dia banyak bertolak ansur sepanjang perkahwinan kami. Bila saya sibuk dia tidak pernah berleter, sebaliknya cuba menenangkan saya.
“Malah dia pandai memikat saya menerusi masakannya. Sebut sahaja apa jenis makanan, pasti disediakan. Bahkan dia sangat menitikberatkan penjagaan seharian saya serta anak-anak. Sebab itulah saya bersyukur kerana memilikinya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak saya,” katanya.
Petikan: Sinar Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan