Biodata Profil Ramlah Ram

Nama lahir: Ramlah Ram
Lahir: 19 Februari 1965
Asal: Johor, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon
Alat muzik: Vokal
Tahun aktif: 1980-an - kini
Label: FMC MUSIC SDN BHD


Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari di Kesang, Muar Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu. Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji'

Selepas mendirikan rumahtangga bersama jurutera RTM, Kamal Roslim pada tahun 2000, Ramlah Ram banyak menyepikan diri kerana komitmen rumahtangga yang baru dibina sehinggalah kemunculan semula beliau menerusi lagu 'Maharaja' pada tahun 2006 memuncak namanya kembali. Kini dengan persiapan beliau untuk muncul dengan album terbaru dimulakan dengan kejayaan di Hits Satu anjuran RTM pada 23 Mac 2008. Lagu 'Ketentuan' telah diangkat sebagai lagu terbaik dan ia merupakan permulaan kejayaan buat Diva Vokal ini.

Album terbaru Ramlah Ram akan berada di pasaran sekitar March 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dibuat bersama ahli kelab peminatnya RRG dengan pihak FMC. Album kali ini masih mengekalkan konsep Pop agak lebih segar dan mengikut trend masa kini menampilkan Diva Ramlah Ram bekerjasama dengan pencipta-pencipta Muzik Baru (Underground)yang berbakat dengan susunan muzik dibuat oleh barisan kumpulan Indie yang popular.Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah 'Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang' dan 'Berlalu Pergi'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top