Sinopsis telemovie Di Langit Lazuardi

Kisah ”Di Langit Lazuardi” bermula apabila kenderaan yang mereka naiki ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat percutian telah ditimpa kemalangan. Rauf dan anak-anaknya, Amir, Amirah dan Aina hanya mengalami kecederaan ringan tetapi Nisa dan Amar tercampak keluar dari kenderaan.

Amar menemui maut dengan serta merta manakala Nisa koma dan bergantung kepada sistem sokongan pernafasan. Rauf dan anak-anaknya terpaksa berhadapan dengan saat-saat genting kerana pihak hospital mencadangkan agar sistem sokongan pernafasan Nisa dihentikan.


Walaupun Nisa berjaya dibangunkan, dia tetap akan mengalami kecacatan kekal dan mungkin juga tidak mampu untuk mengenali Rauf atau ahli keluarga yang lain. Rauf mengambil risiko untuk tidak memastikan sistem tersebut kerana bagi Rauf, biarpun Nisa tidak akan sesempurna dahulu tetapi dia belum bersedia melepaskannya pergi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top