Mawi dan Ekin gembira sangat bergelar ibu dan bapa kepada puteri sulung mereka yang diberi
nama Cahaya Malaika. Bayi bertuah yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.

Menurut Mawi, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi “nur” pada permulaannya.

Cahaya Malaika nama anak Mawi dan Ekin

Cahaya Malaika nama anak Mawi dan Ekin

Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.

“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” katanya.

Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi” untuk anak mereka itu.

Tahniah Mawi dan Ekin!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top